Rabu, 26 Mac 2014

Tangkapan ke-24: Melatih Merbok Baru

Salam..

Lama sudah tidak update blog disebabkan oleh kesibukan harian.  Ada juga turun tetapi tidak membuahkan hasil.  Merbok menderak-derak kemudian sampai dahan rimbun kemudian mati langkah.

Pada Sabtu lepas 22 March 2014, saya mengambil merbok baru sedangkan hati  memang hendak bermain terkukur.  Pendek cerita selepas menggantung burung baru saya menyorok.  Terkukur perform dan burung hutan sampai lalu mematikan diri.  Celir sangat kah?

Merbok mula mengganas.. tetapi saya sendiri tidak pasti samada merbok baru berbunyi ataupun tidak?  Tidak lama kemudian saya lihat jebak sudah tertutup dan kedapatan sekor merbok.    Burung hutan mempunyai bulu tengkok kat belakang mata dan kali ini lebih banyak dari sebelum ini.  Tangkap gambar kemudian terus balik untuk ke laman ke-2. Di laman ke-2, sayang merbok baru tidak berbunyi, manakala terkukur malas pulak nak pasang.

Pergi ke laman ke-3, saya memasang racik untuk menangkap otai rantau, selang dan banyak angguk.  Saya sudah mensasarkan burung ini sejak 3 minggu lepas.  Pikat berbunyi; burung hutan terus terjun anggar paras lutut tetapi agak jauh lebih kurang 12 kaki.  Pikat melayan sehingga BH terjun dibelakang sawit.  Menunggu suatu penyeksaan dan akhirnya racik sebelas mata buatan tangan menjadi penamat kedegilan burung tersebut.

Maaf gambar tidak dapat disiarkan kerana saya terdelete dari kamera  hehehee...

Sam

1 ulasan: