Sabtu, 8 Februari 2014

Tangkapan ke-21: Burung GOLF

Salam
Sabtu 8/2/14 jam 8 am.

Sudah lama tidak hujan dan semua kawasan memikat tanahnya menjadi keras.  Jadi kalau nak main juga terkukur terpaksalah membawa sebotol air untuk membolehkan tumang racik & tumang burung masuk ke tanah.  Jadi selesai  memacak terkukur ABJ,  saya gantung begitu sahaja jebak merbok tanpa meletakkan olan, malahan tanpa kantau.
Bukan untuk menangkap kerana pikat 41, direhatkan sehingga ekor penuh.  Itu adalah satu kemestian kerana kasihan padanya asyik patah bulu sahaja.  Merbok yang saya bawa ialah GG.  Nama sebelum ini saya berikan ialah GOLF.  Sudah menegur burung hutan bila masuk tidor.  Kali terakhir saya bawa ialah 2 minggu lepas..  kemudian direhatkan memberi ruang pada pikat 41.   Memandangkan KRTU baru membunuh jadi saya rehatkannya.  MK akan diturunkan petang ini jika berkesempatan.
Pendek cerita, hari ini saya memang tidak fokus pada merbok kerana memang hendak menangkap terkukur.  Walaupun begitu saya nampak ada merbok yang melambung di pokok belakang GG.  Ish bunyi ker merbok GG nie.. kerana jarak saya menyorok agak jauh, jadi adalah mustahil untuk mendengar pikat berbunyi. 
Terkukur perform tetapi pikat takut pada burung bangau membuatkan burung hutan yang dah berada di anggar berlalu pergi.  Selang 25 minit kemudian datang otai tadi yang sibuk mengejar burung lain.  Pikat sudah menyelang dan angguk.  Burung hutan sudah bergerak dari satu dahan ke satu dahan mencari anggar untuk terjun.  Pada masa ini jugalah merbok suara kasar yang berbunyi disebelah tempat saya menyorok terjun ke arah GG.  Kemudian jebak bergegar kuat menyebabkan saya mengambil keputusan mengeluarkan merbok dari jebak menyebabkan terkukur di anggar berlalu pergi.

Enjoy gambar merbok yang ditangkap tanpa samaran daun & tanpa kantau.

 
Mood nak menangkap terkukur pun hilang lalu balik dengan merbok.  Rezeki juga mendapat merbok dengan pikat GG nie..  persoalannya adakah GG berbunyi???
Sekian sahaja buat kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan