Salam…
3/2/14 merupakan cuti hari Wilayah & saya mengambil cuti kerana ingin meluangkan masa dengan wife (ambil hati). So pendekkan cerita, petang jam 6pm saya membawa pikat terkukur ABJ & merbok KRTU. Pikat KRTU nie rasa-rasanya sudah boleh di bawa bermain dan Insyallah tidak akan menghampakan (senjata sulit saya heheheee).
Sampai di laman saya memilih 2 kepala racik terkukur dengan mata 11 mata. Cukuplah untuk menutup belakang dan depan pikat. Saya menurunkan ABJ (anak bukit jalil) dengan harapan dapatlah melatihnya. Rekod sebelum ini 5 ekor; ingin saya lebarkan lagi menjadi 6 ekor. Burung masih muda dan diharapkan dapat bertahan lama. Selepas ABJ dipacak, saya menguruskan pula KRTU.
ABJ menarik gook menandakan ada burung melintas; diikuti oleh KRTU menegur Merbok Hutan yang turun ke tanah di depan saya. Pendek cerita masuk sepasang terkukur terus ABJ angguk (tekan angguk) & rasanya ABJ ada baka Selang Coo2. Lama juga ABJ menekan dan menyelang dan angguk tetapi BH masih belum sampai.
KRTU sudah meratus 3x apabila ada merbok menyambut larauannya. Terus menerus meratus menandakan sudah boleh di bawa solo. Berbaloilah saya membawa KRTU terus menerus melatihnya dan hasilnya datang sepasang merbok masuk ke anggar KRTU.
ABJ yang menekan terus mengangguk gagap menandakan BH sudah terjun. Tanggapan tepat dan yang peliknya BH seperti sudah kene racik tidak dapat bergerak lagi. Saya bergerak ke arah ABJ dan terus mengambil BH. BH yang ditangkap dari jenis cepat jadi hehee.. yang memang menjadi sasaran saya. Game tidak perlu saya risaukan kerana kawasan ini biasanya gook 1-2. Suara angguk BH tidak kedengaran kerana semasa terjun, terkukur tersebut telah tersadung racik penuh (batang) kaki kiri dan jari di kaki kanan. Tindakan saya ini menyebabkan merbok tadi melarikan diri.
Saya mengambil burung dan simpan di dalam buntil dan terus meleraikan racik taji pemberian sifu Selayang Baru iaitu 11 mata. Selesai menyiapkan racik saya terus fokus pada KRTU dengan ABJ hanya ada sebaris racik. ABJ perform & begitu juga KRTU. Semasa tinggal masa kecemasan datang otai yang menjadi buruan sejak 2 minggu lepas. Memang payah nak terjun kat pelentik. Masuk sekor lagi merbok terus dihambat oleh otai, dua-dua menguak (angguk). Kemudian datang semula otai berdepan dengan KRTU dengan jarak setengah depa dengan pelentik. Otai (MH-Merbok Hutan) berpusing-pusing menyebabkan saya tidak sedap hati hehee… saya cuba fokuskan pada merbok dan memang sedang berperang derak rupanya. Derak apa jangan tanya kerana memang syiok; MH meratus, KRTU akan menderak & begitu sebaliknya. Pikat turut berpusing dalam jebak sambil diikuti oleh otai..hampir 10 minit juga berdepan, puas hati kerana otai telah menunjukkan apa yang dia ada.. termasuklah KRTU seperti tidak percaya… adalah juga adanya.
Akhirnya selepas hampir 5 mesej kepada tuan yang tinggal di Kajang, terjun juga akhirnya MH. Terus tandakan dengan dawai merah menunjukkan saya sangat berkenan pada burung tersebut. Enjoy gambar merbok.
Puas melihat & mendengar burung ini berdepan dengan KRTU.
Sekian, terima kasih.
As salam abg sam.....
BalasPadammenangkap lagi KRTU ni. tahniah..... nak tanya abg sam bb merbok saya bela dh lebih 2 tahun x pi x membunuh lagi. dh bawak byk kali dah....yg last bawa dpt merbah kapoq. boleh bagi pendapat x abg sam.