Sabtu 23/11/2013, hanya sempat melaman sekejap. Kali nie terkukur dan merbok tak ada yang cepat ditangkap, & saya tidak dapat menunggu lama. Ada urusan AD-HOC hehhee.. kacau hehehehee..
Ahad, 24/11/2013 bergerak agak lambat ke laman.. sampai laman kedengaran merbok dari seberang Sg Damansara meratus menandakan merekalah garang. Saya pun mengambil pikat dan mula membuat sedikit samaran pada jebak. Hp berbunyi dan menerima panggilan daripada peminat merbok Fxxx, dari Klang. Saya terpaksa meminta excuse 5 minit untuk menggantung pikat tambahan pula otai suara kasar dan laju sudah turun ke tanah berhampiran tempat saya ingin mengantung pikat. Selesai menggantung, terus saya bersembunyi; hp berdering & sempat juga berborak dekat 5 minit dengan sahabat baru. Otak berfikir dan mata masih fokus pada Otai yang berada pada anggar & memang burung yang disasarkan. Sesi berderak berlangsung tetapi disulami dengan pikat masih meratus.
Saya confuse kenapa dengan pikat membelakangi MH (merbok hutan) yang datang. Sekejap berpusing kejap derak, kemudian meratus. Pelik!! Selang 3 minit MH masih belum terjun yang kelihatan kepala MH yang sekejap hilang sekejap timbul disebabkan Olan yang melilit pagar sambil menderak. MH turut meratus kemudian menderak mengikut rentak pikat. Saya meminta izin untuk off-line dengan Sahabat baru; kerana ingin fokus pada permainan MH. Saya terlepas pandang dan mendapati jebak sudah tertutup dan kelihatan merbok berada pada jaring rapun. Otai idaman hati sudah bungkus hehhe hati sudah berdebar hendak memegang Otai.. TETIBA Otai terbang dari tempat landing tadi. ALAMAK burung mana nie.. tengok sisek 42 tiada pecah.. menandakan burung bagus untuk dijadikan pikat. REZEKI hari ini & pindah laman pikat pula seperti tidak perform. LAMAN sudah panas.. tuan pun panas juga.
Rotan tiada akar pun berguna juga.
Sekian sahaja untuk hari ini.
-Sam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan