Rabu, 2 Oktober 2013

Tangkapan ke 7 - sisek 40

Salam..

Lama sudah tidak menangkap merbok kerana disebabkan tiada masa.  Kebetulan hari ini saya bercuti, jadi bolehlah layan di waktu pagi.

Ambil pikat sisek 41 dan bersiap ke padang golf glenmarie.. main di luar sahaja.  Sampai saya di laman, saya terus menggantung pikat.  Pikat terus berbunyi meratus dua kali dan terus menderak.  Nampak performance pikat sudah meningkat naik dari sebelum ini.

Hampir sejam barulah ada sambutan dan merbok hutan sekadar melambung ulang-alik sebanyak dua kali tetapi tidak singgah di jebak.  Nampak gaya burung tersebut bukanlah otai yang di cari.

Selepas hampir sejam setengah barulah sepasang merbok masuk ke kawasan ini.  Selang 5 minit barulah merbok hutan tersebut terbang naik anggar dan duduk disebelah jebak.  Sampai anggar merbok hutan terus menderak membelakangkan pikat.  Jeng! Jeng! Jeng! petanda baik nak bungkus merbok.  Kalau duduk anggar masih meratus panjang cerita lagi.  Masalahnya pikat tidak jelas kelihatan tapi dari gaya burung hutan, Pikat berlawan derak dengan burung hutan hampir 5 minit.  Owner sudah panas punggung dan penantian berakhir bila merbok hutan berpusing dan terus terjun kepelentik jebak baru buatan Saudara Zaidi Zakaria. 

Terima kasih brother Zaidi Zakaria, tempahan selama 3 bulan berbaloi juga hehee..



                                                  Laman di Padang Golf Glenmarie

                      Otai yang cuba ditangkap 3 bulan lepas sisek 40, suara kasar clear dan banyak derak

-sam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan