Isnin, 31 Oktober 2016

Lagi Sekor 6 Bulan Dah Masak

As-salam..

Tiada apa yang lebih indah kecuali menerima Whatsapp dari pembeli burung yang menghantar audio dan video BB yang dibeli sudah meratus.

Sahabat kali ini dari Jalan Kebun Bharu;  beliau membeli BB tangkapan seminggu. Selepas 6 bulan BB sudah meratus dengan rajin dan yang penting derak pun dah keluar.

Rezeki pembeli; saya tumpang gembira.

Tahniah En Nabil.

Sekian, terima kasih.

Sam

Ahad, 30 Oktober 2016

BB Tie Kuning: Sudah Sedia Untuk Diajar

As-salam..

Asalnya burung ini antara koleksi untuk kegunaan sendiri. Suaranya sedang atas. Mempunyai tandang dan derak lebat.

Pada awalnya akan belayar ke Ampang; namun bukan rezeki saya; seminggu berfikir samada nak lepaskan atau tidak; akhirnya saya mengalah kerana untuk kebaikan burung tersebut juga.

Kini burung akan berubah arah pula ke Melaka untuk ditukar dengan terkukur pesum gred A juga.. In Shaa Allah. Bergembiralah tuan baru nanti kerana bukan sekor; tapi sampai 4 ekor burung gred A sudah sampai di sana


Sekian. Terima kasih.

Sam


Jumaat, 28 Oktober 2016

Anak Betina Kuak Meratus Untuk Dijual

As-salam

Kepada yang berminat untul membeli induk betina dari baka kuak meratus boleh WhatsApp saya.

Umur 1.5 tahun atas dan sudah matang. Harga RM500. Contoh anak kuak meratus yang ada tandang tumpang.


Berikut pula gambar adik beradik burung di atas (anak kuak meratus).

Sekian, terima kasih.

Sam










Rezeki: Anak Pesum

As-salam..

Anak hasilan dari pesum hutan kahwin hutan sudah mula bertelur.

Kuak Meratus x induk betina hutan ----> anak betina.

Anak betina hasil pesum inilah yang sedang belajar mengeram. Alhamdulillah.. rezeki.


sekian, terima kasih.

Sam


Khamis, 27 Oktober 2016

Betina Siam Untuk DiJual

As-salam

Berminat untuk membeli betina siam dari baka baik, silalah WA saya.

Untuk turun baka dengan bapak kampung. Harga RM250.

Sekian, tetima kasih

Sam

Pikat Sisek41: Turun Baka Dengan Mebok Siam

As-salam..

Pikat Sisek 41 sudah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Cuma bertambah garang sesangat sekarang ni.  Jadi saya mengambil keputusan untuk menurunkan bakanya.

Video pikat sisek 41: enjoy

Sekian, terima kasih.

Sam


Meowwww: Yang Mana Satu?

As-salam.

Koleksi saya kali ini kebanyakan burung biasa2 sahaja. Ada yang masa hendak tangkap sudah mengeluarkan tandang meoww dari burung tandang tumpang.


Sekian, terima kasih.

Sam



Isnin, 24 Oktober 2016

Tangkapan 69: Fault (Anak Burung Idaman)

As-salam..

Bapak suara standard pikat kampung. Cuma permainan bapak bila berdepan burung hutan puas hati punyalah.. derak penuh..

Anak Bapak

Nampak gaya saya kene berehat lama lagilah kerana rata2 burung bersarang.

Sekian, terima kasih.

Sam