Ahad, 28 Ogos 2016

Tahniah Buat Sahabat di Manjung

As-salam..

Baru saya menjangkakan yang burung tersebut boleh menjadi pikat pada bulan September.  Saya hanya mampu merancang tetapi dah rezeki tuan burung.. Tuannya beritahu dah meratus macam pikat.  Tahniah!!!


Sekian, terima kasih.

Sam



Harga Jualan: Pusat Jualan Merbok

As-salam..

Ada yang  bertanya mengenai harga burung merbok di Pusat ini.

Terus terang saya katakan tiada yang tetap. Bergantung pada kualiti burung tersebut. Sebagai panduan harga mulai 31/8/2016.

1. Burung Baru (sehari hingga 2 bulan dari tarikh tangkapan).
Biasanya dalam julat rm150 - rm300. Wow mahalnya!!!. Jadi terpulanglah. Biasanya bakal pembeli akan diberikan audio burung yang hendak dibeli semasa di hutan (jika ada).

2.  Burung Sudah Meratus
Biasanya sudah dimasukkan jebak. Sudah meratus dan ada potensi menjadi pikat. Harga rm300-rm500.

3. Pikat

Biasanya tidak sampai level ini merbok sudah ada pembeli.

Sekian, terima kasih.

Sam

Sabtu, 27 Ogos 2016

Peminat Dari Seksyen 27 Sila hubungi Saya

As-salam..

Kepada sahabat yang bertanyakan burung merbok.. berasal dari Kedah..
Burung tuan sudah siap.

Sekian, terima kasih.

Sam

Khamis, 25 Ogos 2016

Tangkapan 67: Super Killer BB (Suara Tajam)

As-salam..

Burung berikut antara burung yang pernah saya latih dan/atau merupakan hasil tangkapan sendiri kecuali sisek 41. Burung2 tersebut ialah Burung Minit, Dada Kuning, Kocak Separuh, Krtu, Putih, Belah Rotan, Katak, Dada Besar, BB37 dan yang terbaru Suara Tajam (ST).

Suara Tajam (ST) merupakan senjata ampuh kerana kemampuan untuk menarik burung setaraf dengan Dada Kuning dan Burung Minit.

ST merupakan burung istimewa bagi saya kerana mempunyai tandang dan bakal menjadi pikat ke-3 saya. ST pertama kali dimasukkan jebak sudah mampu menangkap burung idaman saya.  Suara ST membuat BH sangat marah sehingga terjun ke anggar@pelentik jebak.


Hasil tangkapan pertama ST.  Burung ini juga akan menjadi pikat yang baik.

Sekian, terima kasih.  Dah asing M131 belasah tie hitam..

Sam





Isnin, 22 Ogos 2016

Catitan: Sekadar Cerita

As-salam..

Sekadar ingin berkongsi cerita..

Tangkapan 60 yang dibeli oleh sahabat dari Manjong (click kat link untuk video )

Burung selepas tidak sampai 5 bulan sudah meratus. Dijangkakan menjadi pikat ~ bulan 9 nanti.


Sekian terima kasih.

Sam

Tangkapan 66: BB 37 pikat ke-2 saya

As-salam..

Menggunakan BB tangkapan 37. Sangat cepat terjunnya. Menjadi pertaruhan sebagai pikat utama.

Hasilnya


Sekian, terima kasih.

SAM

Isnin, 8 Ogos 2016

Tangkapan 65: Tak Pasti Yang Mana Kena

As-salam..

Lama berehat. Sekali sekala nak memikat bawa pikat 41.

Hasilnya.. ntahlah.. (tie putih kiri & kanan Muin).