Lepas kematian kocak gondang yang hampir menjadi pikat; saya hampir berhenti bermain merbok. Pujukan sifu Selayang Baru mengatakan yang dalam permainan akan berlaku begitu. Hidup mati di tangan Allah swt.
Hari ini sejarah berulang di mana saya berjaya menangkap kocak idaman jiwa.
Pagi melaman kerana ada kelapangan. Datang sepasang demi sepasang dipanggil pikat sisek 41. Tetapi tiada yang garang.. ataupun semuanya sibuk mencari makan.
Saya memang sudah lama berminat dengan kocak tetapi memang susah nak tangkap kerana tidak tahu mana anggar dia.
Hari nie burung datang kat pikat. Masa singkat jadi saya mengalah dan hendak mengambil pikat. Burung kocak naik anggar dari tanah meratus. Sekor tajam dan pikat mula hantar derak kasar.
Saya menyorok semula dan kocak terus ke anggar sambil menghadap pikat dan berpusing membelakangkan pikat. Derak bolehlah tak power sekadar cukup makan ajer.
Sambil pusing dia geleng menghadap semula pusing lagi hadap semula ke pikat. Iku pengalaman itu tanda2 burung nak terjun. Jangkaan tepat.
Rezeki saya. Pegang burung tengok hidung lubang sederhana hampir sekata.. mmmm memang kocak.
Sam