Musim baru pikat pun kene baru. Itu azam baru, maklumlah terlalu lama dengan pikat lama pun rasa macam tak ada thrill pulak..takut bosan.
Sampai laman terus naik kantau.. kat tanah kukur. Saja training burung baru 2 ekor terkukur ajer.
Selang 10 minit, Pendek citer BB 53 meratuslah pulak. Walaupun sesekali cukup membuat otai kasar datang menjengah..
Sayang tak dapat dengar derak kerana kukur pun tengah berdepan. Tup otai kasar hutan melambung pendek mencari pelentik tapi last minit berubah arah. Adus..naper nie.. merbok hutan berlalu pergi.. kemudian lalang berkuak.. jebon ker atau tupai..kukur kat tanah.. saya berdiri dari jarak yang selamat... jeng jenggg tedung kelabu kehitaman.
BB 53 mengelepar... adus jemlah BB nie.
Ambik kukur dan merbok sambil berkata Alhamdulillah, bersyukur semua selamat. Ular jantan kurus panjang sedepa.
sam