Jumaat, 25 Disember 2015

Musim 2016 Bermula

As-salam..

Musim 2016 sudah bermula. Senjata masih sama cuma ada 4 ekor backup yang dijadikan pikat.

Tiada jaminan dalam melatih merbok baru. Kepada yang bertanya mengenai merbok bukan saya tidak mahu menjawab. Kesibukan tugas harian menjadikan saya tidak berkesempatan untuk membalas WA anda.

Burung minit akan diturunkan baka. Insuk sedia ada menguak meratus menguak sudah mempunyai lebih 10 ekor anak. Anak ada yang sudah membuang telur dalam ladung.

Musim 2017 bermain merbok pesum In sha Allah. Kepada yang meminta dijual betina maafkan saya. Baka tidak proven pikat lagi; tambahan induk2 saya tidak jual kerana breeding besar2an akan dibuat pada June 2016.

Sekian, terima kasih.

Sam