Sabtu, 22 Ogos 2015

Bendahara vs Sultan (raja)

As-salam..

Pelbagai reaksi kawan2 bila saya menulis mengenai hubungan kerajaan kesultanan dan merbok.  Terpulang pada rakan2 untuk menerimanya atau tidak.  TETAPI ramai yang terkesan dan mula mengira sisek merbok yang ditangkap.

Perdebatan mengenai siapakah gerangan  sultan & bendahara ini amatlah sukar untuk saya huraikan pada mulanya.  TETAPI teruskan membaca...

Bendahara adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk melantik sultan. Sekiranya tiada sultan maka bendahara akan berkuasa mentadbir kerajaan. Begitu juga merbok.. tiada sultan @raja maka bendaharalah yang berkuasa.

Ada sahabat menghantar WA, beliau mendapat sisek 35. Derak lebat ada tandang.

Saya juga pernah bermain dengan Saudara Nizam dari kota damansara. Beliau melatih merbok sisek 33. Burung boleh tahan baru 3-4 bulan ditangkap.

Persoalannya dari manakah datangnya raja@sultan. Nantikan siri seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Sam


Rabu, 12 Ogos 2015

Teori Mistik Merbok: Sekadar Seronok2

As-salam..

Bila merbok dikatakan mempunyai kerajaan saya boleh mengatakan ianya mengarut. TETAPI teruskan membaca..

Teori saya berkaitan dengan suara dan sisek menjadikan ramai kaki merbok tidak percaya lagi dengan benda2 tahyul... Alhamdulillah. TETAPI teruskan membaca..

Benda yang hendak saya kemukakan ini hanyalah pengalaman saya sahaja. Bukan tujuan hendak memperlekehkan mana2 blog.. sekadar turut menceriakan dunia merbok..

Teori menyatakan merbok sesuatu kawasan boleh dikisahkan dengan kerajaan melayu Melaka lama.

Sisek 33 & ke bawah: Raja
Sisek 34: Bendahara
Sisek 35: Penghulu Bendahari
Sisek 37: Temenggung
Sisek 39: Syahbandar
Sisek 40: Laksamana
Sisek 41 & ke atas: Pengawal istana.

Teori saya mengatakan sekiranya satu kawasan tidak dimasuki atau ditangkap merboknya biasanya kita akan mendapat sisek 41 & ke atas. Merbok yang datang biasanya tanpa banyak soal terus ke pelentik.  Bilangannya bergantung kepada bilangan pengawal.

Bila habis pengawal kita akan mula menangkap sisek 40 & 39. Bilangan sisek ini biasanya mempunyai suara yang sedap tidak terlalu laju dan garang.

Sisek 36 & 38 dinamakan penderhaka kerana itulah tidak boleh dijadikan pikat kerana akan membuat perangai bila dijadikan pikat.

Sisek 35 & 37 agak sukar ditangkap kerana burung biasanya mempunyai permainan yang menarik selain mempunyai kawasan jajahan yang luas.

Selepas tangkapan sisek 35 biasanya kawasan tersebut tiada lagi burung kecuali mempunyai bendahara & Sultan.

Sisek 34 biasanya sangat istimewa mempunyai derak yang lebat dan sukar ditangkap.

Selepas ketiadaan Sisek 34 barulah kita boleh mendapat sisek 33.

Itulah pengalaman saya dalam bermain merbok di 3 Laman berbeza. Dan hanya mendapat sisek Raja sekor sahaja. Di laman lain tiada raja atau sisek 33 tetapi laman sebelahnya masih ada & suara amat istimewa.

Bukan niat hendak menyamakan dengan sistem raja; TETAPI itulah apa yang diturunkan dan diberitahu kepada saya. Saya hanya mencari kaitannya kerana orang dulu2 menyamakan sesuatu dengan apa yang kita mudah fahami..


Rujukan: Pengenalan Merbok

Sekian, terima kasih.

Sam










sahabat sg Petani: sila hubungi saya

As-salam..

Buat sahabat Sg Petani yg mata pisau 7" yg masih ditangan saya, silalah call saya. No hp saudara hilang.

sekian, terima kasih.

Khamis, 6 Ogos 2015

Hujan Kembali Dengan pemangsa

As-salam..

Hujan kembali jadi berhati-hati.. cuaca tidak menentu.. musim memikat terkukur akan berakhir awal.

http://merbok-pikat.blogspot.com/2015/05/cuaca-oh-cuaca.html?m=1

Sekian, terima kasih.

Sam

Ahad, 2 Ogos 2015

Tangkapan 51: Datang Macam Komando; Sangat Liar

As-salam..

Meratus Siam sedang mengeram..

selepas memasang jebak barulah nampak. Tangkapan 51 datang macam ribut.


Sisek pecah sepanjang kaki (belah rotan kiri & kanan).

Sekian terima kasih.

-Sam