Ahad, 22 Februari 2015

Tangkapan 42: Laman Lama

Salam..

Laman lama ini akan dinaikkan bangunan.  Laman menangkap merbok makin terhad. Burung di laman ini kecil & kurus tanda rajin berbunyi.

Otai idaman suara C tajam tapi volume sebatu boleh dengar. Saya naikkan jebak otai laman sudah berbunyi mensndakan masih jaguh kawasan.

Cuma selepas memasang jebak yang berlawan dengan pikat ialah suara sedang yang asyik berderak.  Dah rezeki hari ini. Tetap bersyukur.

Datang macam ribut: Suara boleh tahan sisek 39.

Main kat hujung rumpun pokok pelentik julur luar.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 16 Februari 2015

Tangkapan 41: Belum Rezeki

Salam..

Lain yang hendak ditangkap; lain yang didapati.

Selepas menangkap otai laman..maka burung idaman dengan gagahnya menabalkan diri sebagai jaguh daerah itu.  Maka dengan terdengar sahaja berita; bendahara pikat sisek 41 diasapkan.

Apabila selesai dimandikan limau dan diperasapkan maka digantunglah pikat.  Pikat kurang bertenaga kerana semalam 4 jam melayan panglima tandang bersuara C tengking kristal clear..idaman kalbu tuan pikat.

Selesai digantung bendahara sisek 41 mengalunkan kata cabaran yang berbunyi seperti ini..

Duhai jagoh daerah..
Sambutlah cabaran gue..
Gue sudah lama tidak menangkap..
Kerana tuan aku asyik sibuk..

Selesai bendahara sisek 41 berkata-kata..datang melambung jaguh daerah.. terus disapa oleh bendahara..jaguh yang agak terkejut sedikit gentar berundur setapak..kemudian beredar..


Tuan burung betulkan jebak kerana merbok hutan tiada nafsu untuk memijak kayu pelentik..

Datang semula jaguh siap mengalunkan suara yang merdu meratusnya..aduss indahnya..

Kemudian terjun ke tanah..entah dari mana terjun seekor merbok isteri jaguh yang cuba belaku sumbang dengan bendahara sisek 41.

Buktinya


Akan disatukan dengan pikat 41 apabila pikat pencen.

Sekian tq



Pesum Merbok: Bukan Mudah

Salam..

Tujuan untuk pesum sekadar suka2.  Cuma terpaksa guna terkukur jawa atau babun untuk mengeram kerana induk belum jinak..

Hasilnya

Punyalah kretif dari bakul dia dok juga buat kat tempat maka
Induk betina hutan & yang jantan adalah sikit2 barang bakal pikat saya.

Sekian; terima kasih.

Sabtu, 7 Februari 2015

Senyap Ajer Blog

Salam..

Terima lagi whatsapp mengatakan blog sepi ajer..Ok terus terang saya katakan pikat saya tidak mampu menangkap.. kerana laman sudah habis saya gasak.. nak main laman lain malas..kerana pelbagai gangguan & masa terhad.

Selain itu faktor anak sulung nak UPSR menyebabkan masa sangat terhad. Kene jadi cikgu hehe.

Kemudian paling tension ialah gangguan manusia...tension juga.. burung idaman sudah betul masuk anggar tetiba ada pulak orang.

Cuma hari nie gangguan berbeza sikit ada kapal terbang buat akrobatik..woww memang belum rezeki...ada yg datang nampak jebak macam nampak hantu..

sam

Jumaat, 6 Februari 2015

Hello daripada kawan Shah Alam

Salam..

Menerima panggilan telefon daripada kawan yang tinggal di Shah Alam. Soalan pertama ialah burung belum garang, betul?.

Jawapan saya: Tidak semua garang..ada yang tidak..
Kawan ini menangkap di Dengkil & Jenjarum.

Jauh tuh. Tak aperlah yang penting enjoy..cuma sebagai kawan saya nasihatkan tangkaplah sekitar kawasan perumahan. Burung cepat bunyi & jadi.  Dari segi suara kalah buung kat sawit.

Sampai di sini..cubalah buat perbandingan burung sawit liar...dengan burung di kawasan perumahan.. alasan malu tidak diterima..

Sekian, terima kasih.

Sam