Rabu, 22 Oktober 2014

mata parang/pisau untuk dijual

Salam..

Berikut ialah mata parang yang hendak dijual (tempah 25 tinggal ini sahaja):-



1. Skrew keretapi 10 inci - rm65 termasuk pos.

2. Spring 7 inci - rm50 termasuk pos.

3. Spring & plate keretapi 6 inci - rm45 termasuk pos.

sebarang pertanyaan boleh whatsapp & mesej saya. 

Setiap mata dijamin tidak akan berlipat jika digunakan dengan cara yang betul (sepuh free jika ada masalah).

Sekian, terima kasih.

Sam

Sabtu, 18 Oktober 2014

Rehat lama dah..kembali beraksi tangkapan ke 39

Salam..

Target burung kasar di laman favourite gagal kerana gangguan.

Laman ke-2, laman cari makan, dapat sekor B (Burung akan ke sg. Petani). Mata putih bewarna biru (spesial macam mat salleh). Baru masuk sangkar dah jadi otai.




Laman ke-3; burung lawan derak saya pulak jadi pengacau.

maaf tiada gambar tangkapan di laman.

sekian, tq.


Selasa, 14 Oktober 2014

Cuaca Tak Cantik: Hobi baru

Salam..

cuaca tidak membenarkan memikat.

Hobi baru mengumpul parang..mata brek disk motor RXS.

Sekian, terima kasih.

Sam

Ahad, 12 Oktober 2014

senjata: pada musim helang/sikap

Salam..

Semasa musim burung helang/sikap sedang sibuk turun dari bukit/hutan; senjata utama ini jangan dilupa.

Sekian untuk ingatan rakan2.

Sam

Isnin, 6 Oktober 2014

Keistimewaan tangkapan-37;-) Bilangan Sisek

As-salam..

Tangkapan ke 37, membuatkan saya tertanya-tanya?. Mengapakah saya boleh "shaking" masa menangkapnya.

Saya melihat pada burung ini ketika dalam proses mengasingkan merbok tersebut.  Belek punya belek saya mula mengira. Kiri 16 & kanan 18..34.

Alamak sikit ajer lagi 33...belum rezeki..patutlah burung game berlainan dengan yang lain.

sekian, terimakasih.

Khamis, 2 Oktober 2014

Rahsia Pemilihan Pikat (pemerhatian sendiri)

As-salam..

Dalam menilai merbok untuk dijadikan pikat; saya mengambil perhatian pada bulu dada merbok tersebut.

Sila rujuk gambar dibawah dan bandingkan dengan burung rakan2.

Alamak!! Gambar tidak berapa jelas. Burung ini bulu dadanya mengerutu. Lagi mengerutu dari bawah paruh sampai ke bawah dada....mmmm superb.

Insyallah burung begini tidak akan menghampakan/memalukan tuannya selagi dijaga dengan baik.

Rasionsalnya burung yang dada mengerutu merupakan burung yang rajin tidak kiralah samada derak atau meratus.

Sekian, terima kasih.

Sam

Jualan mata parang plate keretapi

Salam jualan ke-2 mata pisau lapah kembali :-

Material: Plate Landasan keretapi.

Panjang mata: 6 inci (hanya tinggal 2 sahaja).

Sepuh: minyak

Harga: rm37  (termasuk pos).



Material: Plate keretapi

Panjang mata: 4 3/4 inci (sold out)

Sepuh: Minyak

Harga:RM 30 (termasuk pos).

Sekian, terima kasih.