Ahad 13/4/14. Membawa KRTU berjalan kerana lama sudah tidak bermain merbok. Parking kat tempat tangkapan ke-25, kantau dihulurkan. KRTU puas melarau, meratus, memujuk tetapi tidak ada respond.
Tetiba sahaja datang sepasang. Merbok Hutan (MH) tunduk geleng tunduk tunduk geleng.. suara tak dengar yang nampak MH menghadap pikat. Pikat ditutup olan langsung tak nampak.. suasana bising menyebabkan suara derak tidak kedengaran. Yang pasti otai (MH) nie bulu belakang mata macam bulu tengkok. Ikut kawan burung begini suara superb. Tak bawa buntil & hp.. jadi kene biarkan kat rapun jebak sampai ke rumah hehee.. Merbok nie dok pijak kat hujung2 pelentik jugak.. aduss.. betina nak follow tapi tapi dah ada jaring heheee..
Sekian, terima kasih.
Sam