Salam..
Ada yang bertanya kepada saya bagaimanakah menjinakkan merbok?
Terus terang saya katakan bacalah di blog ketitirpikat. Ada petua menjinakkan merbok untuk dijadikan pikat. Ada juga cuba menjinakkan merbok kemudian barulah di bawa ke hutan.
Cara yang saya gunakan ialah memasukkan merbok di dalam jebak. Dingatkan tiada cara singkat untuk menjinakkan merbok. Masukkan sahaja merbok dalam jebak dan gantung. Yang penting masa mengendalikan burung tersebut mestilah dengan lemah lembut elakkan dari membuat pergerakan yang mendadak kerana merbok burung yang mudah terkejut.
Apabila merbok sudah berbunyi di dalam jebak Insyallah burung akan jinak dengan sendirinya. Cuma hati kene keras sikitlah.. maklumlah burung yang hebat-hebat masuk dalam jebak kemudian hancur bulu sana sini, mana hati boleh tahan. Itu perkara ke-2 kerana kedapatan pikat yang sudah banyak membunuh pun masih hancur kepalanya. TETAPI perlu diingatkan apabila kepala yang koyak sapukanlah dengan ubat antiseptik kuning yang boleh dibeli di kedai FARMASI pada harga di bawah rm5.00. Kalau teruk berikanlah antibiotik burung selama 5 hari.
Insyallah kita telah berusaha dan merbok idaman hati akan sayang pada tuannya dan akan beraksi hebat untuk tuannya.
-Sam