Salam
Muka kuning menandakan burung cukup matang.
Ahad 29 jun 2014. Hari pertama berpuasa. Malam sibuk dengan Brazil vs Chile kemudian bersambung pula dengan Columbia.
Teringat minggu lepas pada merbok hutan suara kasar. Dah terjun tetapi mengubah arah kerana motor lalu. Cuma hari ni serba tidak kena kerana tiada merbok yang melawan pun, sekadar berlalu pergi. Jam 9am pindah laman.
Laman baru pernah menangkap seekor sahaja. Saya gantung pikat 41, sekadar hendak melihat & mendengar suara burung hutan. Datang seekor suara lebih laju dari pikat 41. Hampir 1 jam berlalu merbok tersebut sekadar melambung kekiri & kanan sahaja.
Akhirnya masuk seekor merbok suara kocak dengan kong yang cukup membuat hati terpaut. Pindah laman. Burung tadi yang berlslu pergi datang semula. Dari tanah naik ke anggar tadi (mula) kemudian melambung ke pokok & terus ke anggar jebak. Datang betina mh terus angguk lebat. Terbaik dari ladang. Pikat hantar tandang & dijawap pula denggan derak 3x. Akhirnya terus ke pelentik (anggar jebak).