Salam..
Ahad Petang 23/3/14. Niat memang nak berehat tetapi kasihan pula melihat KRTU. Sudah lama tidak menurunkan burung baru yang sudah melarau dalam kereta ini.
Sampai laman terus saya pasang jebak dengan menaikkan kantau. Sejurus saya sampai ke kereta merbok hutan sudah berada di anggar. Super cepat; kerana sebelum ini boleh dikatakan hampir 15 minit burung hutan berdepan dengan KRTU dan habis semua isi sudah dikeluarkan BH, pikat saya tidak pasti pulak hehehee tetapi masih tidak sampai nak memijak pelentik.
Kesilapan bermula saya terpijak pelentik jebak sehinggakan bengkok besi pelentik. Saya betulkan kemudian amatlah sukar untuk mendapatkan burung kerana merbok yang sudah melambung ke pelentik boleh mengelak dari memijak pelentik. Kemudian saya adjust semula dan sekarang merbok hanya berminat untuk memijak di hujung pelentik sahaja. Nak adjust ataupun tidak menyebabkan saya serba salah semula. Selain dari itu muka jebak terdedah tidak ditutup menyebabkan merbok hutan hanya fokus pada sisi jebak sahaja.
Kali ini, selepas saya mengalihkan kereta ke tempat strategik, merbok tersebut telah hilang dari anggar. Intai sana intai sini, saya intai pula pada jebak..alamak buluh rapun sudah hilang.. Sohih dah kene; tetapi kali nie burung tergantung. Adusss tak pernah terjadi kat jebak nie.. first time terjadi, kesimpulan kerana burung pijak dihujung kayu pelentik lah nie..
Malam itu juga burung ini beralih sangkar. Insyallah game sedap.. duduk menderak meratus kalau terkukur saya boleh kategorikan sebagai burung sulam. Rezeki sahabat dari Damansara; game burung memang macam KRTU saya tuh..
Sam
Blog ini sekadar menceritakan pengalaman dalam memikat merbok. Merupakan pemula dalam dunia merbok dan jebak.
Rabu, 26 Mac 2014
Tangkapan ke-24: Melatih Merbok Baru
Salam..
Lama sudah tidak update blog disebabkan oleh kesibukan harian. Ada juga turun tetapi tidak membuahkan hasil. Merbok menderak-derak kemudian sampai dahan rimbun kemudian mati langkah.
Pada Sabtu lepas 22 March 2014, saya mengambil merbok baru sedangkan hati memang hendak bermain terkukur. Pendek cerita selepas menggantung burung baru saya menyorok. Terkukur perform dan burung hutan sampai lalu mematikan diri. Celir sangat kah?
Merbok mula mengganas.. tetapi saya sendiri tidak pasti samada merbok baru berbunyi ataupun tidak? Tidak lama kemudian saya lihat jebak sudah tertutup dan kedapatan sekor merbok. Burung hutan mempunyai bulu tengkok kat belakang mata dan kali ini lebih banyak dari sebelum ini. Tangkap gambar kemudian terus balik untuk ke laman ke-2. Di laman ke-2, sayang merbok baru tidak berbunyi, manakala terkukur malas pulak nak pasang.
Pergi ke laman ke-3, saya memasang racik untuk menangkap otai rantau, selang dan banyak angguk. Saya sudah mensasarkan burung ini sejak 3 minggu lepas. Pikat berbunyi; burung hutan terus terjun anggar paras lutut tetapi agak jauh lebih kurang 12 kaki. Pikat melayan sehingga BH terjun dibelakang sawit. Menunggu suatu penyeksaan dan akhirnya racik sebelas mata buatan tangan menjadi penamat kedegilan burung tersebut.
Maaf gambar tidak dapat disiarkan kerana saya terdelete dari kamera hehehee...

Sabtu, 1 Mac 2014
Tangkapan ke-23: KRTU menangkap ke-4
Salam..
1 March 2014. Jam 7.40a.m teringat pula pada KRTU yang sudah lama tidak beraksi. Petang Jumaat beraksi singkat di laman latihan menunjukkan kemampuan meratus beberapa kali diikuti dengan melarau. Sudah rajin di laman.
Sampai di laman cuaca memang cantik tetapi debu jangan cakaplah... masa nak bermain amat singkat. Semasa mengantung KRTU; otai laman 3x kasar KRTU sudah memberi salam. Kemudian saya pacak terkukur pikat EK untuk menangkap otai laman.
KRTU, memberi salam meratus & salam berjawab dengan luncuran laju otai laman. Entahlah tidak berapa menarik sangat suara tetapi cukup untuk membuat saya tersenyum kerana suara otai kasar tetapi power tengking kwang kwang agak kurang kerana ditutupi suara kasarnya.
Pengacau Dunia: Target suara kasar ini yang datang mengacau. Bagaimanapun dah rezeki hari ini. Sudah berapa kali kalau terkukur berdepan sahaja mesti merbok terjun pelentik.. aduss...
Pikat EK terkukur bekerja dengan baik tetapi rasanya pikat hilang suara.. sudah lama tidak mendengar suaranya.. esok nak check tekaknya tetapi rasanya NORMAL kot. Mungkin angin yang menyebabkan suara EK tidak kedengaran. Terjun otai kukur, berlawan angguk.. tetapi tidak lama mahu masuk laman terus melompat ke anggar semula.
Merbok otai yang sebelum ini sudah berada di anggar jebak menunggu masa sahaja untuk terjun turut berhenti berbunyi. EK memangjangkan leher menandakan peronda lebuhraya (winston) berada berdekatan. Hampir 30 minit semuanya senyap... terkukur berbunyi semula diikuti oleh EK kemudian terjun semula otai.. kali nie confirm Otai Hutan (BH) celir racik menembak ke luar dari laman.. tak aper biarlah belum nak rezeki kata Gan dari Muar. EK memujuk dan pada masa inilah juga merbok yang di anggar melompat ke pelentik tetapi bukan OTAI merbok; tetapi anak yang baru hendak bersalin bulu. Saya biarkan dekat 5 minit tetapi kasihan pulak merbok.. jadi keluar ke arah jebak, terkukur yang tengah syiook berlawan suara buat bodoh sahaja.
Saya ambil merbok yang dipelentik dan memasang semula jebak dengan harapan KRTU memanggil semula otai. Selang 5 minit peronda lebuh raya menjunam ke tanah dan naik ke arah KRTU. Nasib baik saya nampak dan berada tidak sampai 4 depa dari KRTU. Yang gerun pikat EK lah kerana helang tersebut fokus padanya juga.. bungkus dan baliklah..
Adus sudah 3x setiap kali terkukur berdepan merbok juga jelous kat terkukur; nak juga pijak pelentik jebak.. Rezeki hari ini kerana cuaca memang tidak cun nak main aper2 kerana dah lama tak hujan. Longkang tempat burung minum dah kering..
Sekian, terima kasih.
Sam