Salam..
Sudah lama tidak memikat menggunakan pikat.. banyak melatih merbok baru tangkapan sendiri (KRTU) dan merbok kedah (MK). Semalam petang, otai laman sudah terjun kat anggar jebak KRTU tapi sayang banyak gangguan (orang jogging) kat jebak. Jadi KRTU sempat derak tandang 3x ajer sebelum merbok hutan (MH) terbang melarikan diri. Kemudian end of story pasal hujan.
Pagi ini, saya sampai laman membawa pikat sisek 41 dan KRTU, sampai laman merbok; sunyi sahaja yang kedengaran ialah terkukur dok tekan sana sini hehehee... tak aper biarkanlah.. gantung merbok 41 & KRTU.. privilege pada pikat 41 .. meratus meratus.. seberang sungai menjawab. Kali nie target otai sebesar anak terkukur.. terakhir sampai asyik melarau ajer tapi suara macam burung siam hehee...Cuma hari nie tak ader pulak, yang ader otai sisek kurang 40 dan sisek 42 (mana saya tahu kerana kawasan nie memang kalau tak 40 mesti 42). Laju jangan cakap tapi meratus 3x rapat.. boleh lah ada special..
Dalam pikat meratus ambik ko, 3 ekor sekali himpit pikat. Satu meratus kat pucuk pokok, satu kat tanah dan satu dari seberang sungai terjun kat tengah pagar. Yang suara sisek 40 ke bawah kasar dan derak dia memang dah tahu kasar terus meow kat betina.. betina melompat pagar dan Jantan yang dari seberang sungai terjun kat tanah.. Ingat nak berlaga hehee...
Saya pun tak fokus sangat yang mana satu kat tanah kerana biasanya kalau dah kat tanah bergaduh alamat berkejaran pulak.. lambat lagilah tuh... TAPI hari nie lain pulak, yang kat tanah terus naik sekor.. kat anggar jebak.. derak sekali kemudian geleng derak lagi dan geleng lalu terus melambung pendek tuppppp the end.. hehehee jebak bergegarlah... tanda MH dah kene.. Kamera memang tak bawa termasuklah walet sekali hehee.. jadi masa pegang merbok terlepas satu kaki terpegang satu kaki ajer tuh yang rasanya sebabkan merbok baru dapat nie injured.. kat kaki tempang pulak adusssss...
Tengok burung adus nyesal tak pegang betul tadi.. bukan aper sangkut jebak tinggi sangat masa nak ambil burung, jadi handle burung susah sikit & lagi satu burung nie boleh tahan gelupurnya pasal lambat ambik kerana patah balik ambil kain tutup pikat.. apalah macam tak pernah dapat burung.. harap2 tak matilah merbok nie.. reward tuh.. mulut ada bau sikitlah.. sisek R22 & L20.
Itulah tangkapan ke 14 tahun nie..
Sekian, terima kasih...
-Sam
Blog ini sekadar menceritakan pengalaman dalam memikat merbok. Merupakan pemula dalam dunia merbok dan jebak.
Isnin, 23 Disember 2013
Rabu, 11 Disember 2013
Bulu Derak Bawah Ekor vs Bulu Dada
Kupasan kali ini saya ingin menceritakan mengapakah perlu mencari pikat yang mempunyai bulu dada; bulu plaknya bertemu?
Gambar di bawah menunjukkan bulu dada merbok saya yang baru diasingkan. Lagi banyak bulu plak dada bertemu lebih bagus merbok tersebut. Rasionalnya.. teruskan membaca.
Rata-rata peminat mengetahui yang bulu plak dada yang baik ialah bertemu tetapi tidak tahu mengapa?. Melalui pemerhatian saya bulu plak dada yang bertemu kalau boleh dari atas sampai bawah membawa ke ekor di mana tanda bulu derak berada.
Kesimpulan yang saya boleh lakukan ialah burung yang mempunyai bulu plak dada bertemu akan mempunyai bulu plak yang lebat di ekor. Ini kerana pemerhatian bulu plak pada ekor memerlukan burung dipegang di kaki. Kalau tersalah tengok maka kita memerlukan alternatif lain untuk menilai burung tersebut. Lebih tepat sekiranya kita melepaskan burung dalam sangkar kemudian diperhatikan bulu plaknya.. kalau lebat dan rapat maka lebatlah deraknya.
Dengan perkataan lain otai-otai tidak perlu melihat sampai ke bawah punggung (maaf) burung; cukuplah sekadar melihat bulu dada untuk mengetahui burung tersebut mempunyai derak yang lebat ataupun tidak. Ini kerana kebiasaanya bulu dada plaknya bertemu biasanya hanya seekor dalam seribu (pinjam kata otai Parjoe hehhee). Jadi janganlah tersalah tengok pula...
-sam
Rabu, 4 Disember 2013
Istilah 2: Tandang, Kocak gondang & Meow
Salam..
Kocak Gondang
Sam
Kocak Gondang
- Suara bergulung tiada suara menengking.
- Biasanya volume suara sederhana, jarang yang kasar mempunyai kocak gondang.
- Volume cowong
- Semasa meratus
- Sasaran utama saya kerana burung mempunyai suara yang sedap.
- Sejenis derak dan ekor sedikit naik.
- Terbaik kalau berlapis atau berulang-ulang.
- Semua burung mempunyai tandang cuma lebat ataupun tidak.
- Selalunya meow terhasil semasa merbok meratus dan kedengaran seperti kucing.
- Juga dihasilkan oleh pikat bila burung berdepan ataupun sudah kene jaring.
Sam
Isnin, 2 Disember 2013
Bakal Laman Merbok: Kebun Kelapa Pandan
Salam..
Berikut ialah kebun kelapa pandan di Tg Karang bakal menjadi port untuk menangkap merbok. Cuma dikawasan ni kalau merbok sudah nampak orang adalah mustahil untuk menangkap.
Berikut ialah kebun kelapa pandan di Tg Karang bakal menjadi port untuk menangkap merbok. Cuma dikawasan ni kalau merbok sudah nampak orang adalah mustahil untuk menangkap.
Kebun kelapa Pandan di Tg Karang.
Cepatlah membesar supaya boleh digantung jebak
Sekian, terima kasih.
-Sam
Merbok Sisek 36: Tiada Rezeki
Salam..
Mana datangnya merbok ini?. Kebetulan pada hari Jumaat lepas hari tidak mengizinkan untuk saya memikat, jadi saya ke kedai burung untuk membeli bekas pasir untuk burung. Kebetulan kelihatan 4 ekor merbok di dalam sangkar bercampur dengan terkukur jawa. Saya melihat seekor ini yang memang mempunyai keistimewaan iaitu bulu derak tebal di bawah penyambut.
Saya tidak berminat untuk membeli tetapi selepas saya balik ke rumah merasa kasihan pula kerana pada jangkaan saya burung tersebut tidak akan dapat bertahan lama. Tambahan racun dari sahabat Kajang yang memberi galakkan hehehe..RM10 ajer hehee.. selepas memberitahu yang burung tersebut memang akan mati. Memikirkan keistimewaan bulu dada bertemu bulu plaknya saya pun berpatah balik dan membelinya rm15 dengan harapan dapat menjaga dan menjadikannya pikat. Nampaknya jodoh tidak panjang.
Seperti jangkaan saya sudah ditakdirkan kalau sudah ajalnya tiada siapa dapat menghalang. Pagi tadi merbok tersebut mati. Ianya mengalami kecederaan pada bawah leher mungkin disebabkan oleh jaring. Dari pemerhatian saya ianya dijual pada kedai kerana sisek 36 dan mulut berbau.
Niat saya tidak kesampaian untuk mengubat burung tersebut. Merbok pertama mati di tangan saya. Adusss patutlah masa menangkap langsung tak melarikan diri.. rupanya kecederaan tergantung lama pada jaring. Saya merasakan bersalah juga membeli kerana menjadikan merbok mempunyai permintaan jadi ramai merbok yang akan dijaring lagi.
"Ya Allah, ketemukan hambamu dengan merbok seperti itu lagi.." ... amin.

Ahad, 1 Disember 2013
Merbok Sisek 36: Kenapa Mulut Berbau
Salam..
Soalan yang sering ditanyakan dan menjadi lagenda merbok 36 ialah seperti berikut:-
1. Merbok dengan sisek 36 sering dikaitkan dengan mulut berbau seperti bangkai.
2. Mudah menjadi tarikan binatang berbisa seperti ular untuk mendekatinya.
Cukuplah sekiranya saya katakan yang perkara di atas menjadikan ianya semakin menarik untuk dirungkaikan. Kepercayaan di atas samalah dengan kepercayaan Firaun. Burung yang menetas tersebut tidak dapat memilih berapakah bilangan sisek kerana merupakan dermaan DNA dari induk-induknya.
Saya tidak menafikan yang merbok sisek 36 biasanya mulut berbau busuk. Ini terbukti kerana saya mempunyai seekor yang bersisek 36 dan memang mulut berbau busuk. Saya masih menyimpannya kerana bulu deraknya amat istimewa sekali. Bulu di dada bertemu sehinggakan bulu plaknya sangat hitam dan tebal.
Binatang berbisa juga tertarik dengan bau busuk mulutnya kerana dari jauh ular dapat menangkap bau burung tersebut. Jadi dakwaan mulut merbok sisek 36 berkeupayaan untuk memanggil ular juga adalah benar.
Jadi untuk mengelakkan dari menjadi tarikan binatang berbisa, saya sedang mencuba untuk memberikan bawang putih pada merbok tersebut.. Kaedah pemberian terpaksa saya rahsiakan sehingga saya berjaya merawat burung tersebut. Pada saya bau busuk datang dari respirasi atau jangkitan pada salur pernafasan burung tersebut. Bawang putih merupakan antibiotik semula jadi.
Sekian, buat kali ini.